salam, saya kamariah kamarudin. mengucapkan salam saya kepada semua bloggers.yang sedang membaca diruangan saya ini .Sebetulnya saya berminat untuk berkongsi pengalaman saya sebagai pereka manik pakaian, seperti juga kepada pereka pereka yang sedia ada yang berpengalaman.. saya mempunyai latar belakang yang sangat menarik untuk dikongsi, mungkin juga berguna kepada yang ingin berkecimpung didalam bidang rekaan jahitan manik ini..bila menyebut manik ini, terkenang saya semasa mula mula mengenali bidang ini dan belajar untuk menjadikan bidang ini sebagai profession saya sebagai mata pencarian, dimana bermula dari menjahit tudung, mula mula sebagai hobi, bila ramai yang memuji cantik rekaaan saya, ada yang cuba ingin menempah untuk tudung mereka, mulanya buat juga sebagai hobi, saya berfikir boleh juga menambah pendapata,sehubungan itu saya yang juga sedang bertugas di sebuah syarikat korea. dari pada permintaan seramai 5orang terus meningkat kepada 20 ke 30 tempahan, sehingga lah dari tudung saya mempunyai idea yang lebih bagus lagi, iaitu mengalihkan idea idea saya kebaju.. disitu lah bermula nya tugas saya sebagai pereka manik pakaian secara professional, sehingga pendapatan saya melebihi dari 4 angka dan masa itu saya dengan sukarela berhenti dari perkerjaan saya di syarikat korea, sehingga kehari ini dah hampir lebih dari 20 tahun dalam bidang rekaan manik ini, sepanjang perjalanan saya sebagai pereka manik pakaian, ini sudah beribu ribu rekaan saya yang telah saya reka sendiri kepada setiap pelanggan saya. saya mempunyai strategi saya sendiri, dimana setiap pelanggan akan menerima rekaan yang berbeza beza, bagi saya itu lah kepuasan saya setelah mereka berpuas hati melihat rekaan ciptaan saya,apa bila saya semakin lama didalam bidang ini, saya mula mengambil serius untuk memindah kan setiap pengalaman saya kepada peminat peminat jahitan manik, sehingga saya menganjurkan kelas kelas manik atas pemintaa permintaan, disini saya mengambil kesempatan kepada sesiapa yang berminat untuk berkongsi selok belok mempelajari bidang jahitan manik ini boleh lah menghubungi saya ditalian saya 0173123386 atau 0193022543..saya berharap kita boleh bersama sama menjana pendapatan seperti seruan perdana menteri kita satu malaysia..sekiranya ada pertanyaan tentang apa pun mengenai manik ini, boleh juga menghubungi seperti yang diatas.